EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Monday, May 2, 2011

Pemilik Emas Semakin Mendapat Sokongan Bank Tempatan

Memiliki emas dan dinar Public Gold memudahkan anda mendapat wang tunai. dengan cara......
Pemilik - pemilik emas kini semakin dihargai dengan pembukaan lebih banyak sistem pajak gadai Islam atau dikenali sebagai Ar Rahnu, oleh bank - bank tempatan. Jika dahulu Bank Rakyat, Agrobank telah menawarkan perkhidmatan Ar Rahnu, terkini RHB Bank pula telah mula membuka perkhidmatan ar rahnunya dengan cawangan pertamanya di Kubang Kerian Kelantan sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 29 April 2011.

"RHB Islamic sasar RM20 juta
KOTA BHARU 28 April - RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas. 

Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.
"Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.
"Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.
"Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun," katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.

Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.
Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang."
SUMBER:   Utusan Malaysia Online - Korporat

Perkhidmatan Ar Rahnu ini hanya dapat memberi manaafaat HANYA KEPADA PEMILIK EMAS SAHAJA...TANPA MEMILIKI EMAS..anda tak dapat menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu ini !. 

Oleh itu beli emas anda sekarang hubungi saya,
Asikin 017 345 7478
Ini yang sentiasa saya warwakan;
BELI EMAS , SIMPAN EMAS , ANDA PASTI TAK LEMAS DUIT...




3 comments:

AD said...

akak. emas banyak2 tu nak simpan kat mana?

edaizzyhome said...

skg nie..bayk bank xtrima gold bar dgn dinar..apa pndpt akak..

Asikin said...

emas banyak jika berkilo-kilo ..simpan kat safe deposit bank..kalau setakat 20 gram tu..simpan tempat orang tak tahu..contoh barang kemas AD simpan kat mana ?

Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang..bank tak terima pun tak apa..jika terdesak kita boleh gadai lagi kat Ar rahn

EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..