EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Monday, December 26, 2011

RAHSIA LALUAN JUTAWAN PELABURAN EMAS DAN PERNIAGAAN EMAS DIBONGKAR BERSAMA TEAM ASIKIN

Kursus tertutup TEAM ASIKIN

Syukur Alhamdulillah hari ini saya telah berjaya mengadakan Bengkel Laluan Jutawan Pelaburan Emas Dan Perniagaan Emas kepada ahli TEAM ASIKIN yang terdiri daripada dealer - dealer dalam kumpulan saya.

Setiap ahli di ajar hingga mampu menjalankan perniagaan emas dan pelaburan emas dengan cara terbaik secara 'hands on'

Ini adalah komintmen saya kepada semua dealer yang jadikan saya sebagai introducer atau yang bernaung dibawah dealer - dealer saya yang mana sangat aktif menjalankan perniagaan  emas dan pelaburan emas.

Penerangan Perniagaan Emas dan Pelaburan Emas di berikan hingga ahli team faham dan mampu  melaksankan dengan mudah..

Diberikan penerangan cara dan kaedah dengan merasa sendiri..


7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENJADI DEALER BERSAMA SAYA :

1 SAYA AKAN KONGSIKAN DENGAN ANDA RAHSIA DAN PENGALAMAN SAYA BERNIAGA EMAS.

2. NAMA ANDA AKAN TERSENARAI DI WEB SAYA (JIKA ANDA MAHU)INI MEMBANTU MENINGKATKAN JUALAN ANDA.

3. ANDA JUGA DAPAT INFO - INFO TERKINI PERNIAGAAN DAN PELABURAN EMAS.

4.LEBIH 20 eBUKU PELBAGAI TAJUK DI BERI PERCUMA.

5. ANDA DAPAT JUGA ILMU DAN PENGALAMAN DARIPADA LEBIH 50 ORANG DEALER DAN MASTER DEALER DALAM KUMPULAN SAYA.


Oleh itu sertai pelaburan emas fizikal SEKARANG..dengan beli emas anda dalam bentuk rantai i series Public Gold ini dengan hubungi saya segera ASIKIN AB.HAMID 017 345 7475 DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALAER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID INTRODUCER ANDA , PG CODE PG 001228.



Sunday, December 25, 2011

RAHSIA PELABURAN EMAS FIZIKAL BERZAKAT BERKAT TERBONGKAR !


Pelaburan emas fizikal bila sudah cukup haul dan nisab WAJIB KELUAR ZAKAT..Bila kita berzakat..insya Allah akan membawa berkat pada harta kita..Ini saya kongsikan petikan;

Kepentingan bayar zakat


TABIAT suka membuat bayaran pada saat-saat akhir masih berlaku dalam masyarakat negara ini. Senario ini menjadi satu kebiasaan tidak kira untuk apa juga perkhidmatan yang memerlukan pembayaran seperti cukai pendapatan, cukai pintu, insurans kenderaan dan zakat.
Adakah anda antara yang belum membuat bayaran zakat tahun ini? Jika belum, anda mempunyai kira-kira 10 hari lagi.
Pengurus Kanan Operasi PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman (gambar) berkata, pusat itu sedang membuat persiapan bagi menghadapi limpahan pembayar pada hujung tahun.
Antara persiapan PPZ ialah membuka kaunter zakat di semua kaunter pembayaran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.
Waktu urusan kaunter pada hari terakhir iaitu 30 dan 31 Disember akan dilanjutkan sehingga jam 8 malam.
“Memang dari dulu sampai sekarang kami kekalkan begini bagi memberi kemudahan orang ramai datang membuat bayaran,” katanya.

PPZ turut menyediakan pegawai taksir bagi membantu menaksir zakat pembayar khususnya pada minggu terakhir Disember.

Dalam pada itu, kaunter sementara dibuka di pejabat kerajaan dan swasta, di samping cendera hati istimewa seperti kalendar meja dan dinding menanti pembayar pada bulan ini.

Kesedaran masyarakat berhubung pembayaran zakat memang bertambah berikutan peningkatan jumlah pembayar. Ini dibuktikan apabila tahun lalu PPZ Wilayah Persekutuan mengutip RM275 juta zakat harta iaitu lebih 25 peratus daripada RM1.27 bilion kutipan zakat harta seluruh negara, katanya.

“Malah, kajian kami mendapati pada 2011, potensi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan ialah 124,957, termasuk individu (120,328) dan syarikat. Kalau dilihat daripada pencapaian tahun lalu, pembayar zakat di Wilayah Persekutuan bagi individu dan syarikat ialah 89,101 pembayar.

Dalam aspek pengurusan zakat, PPZ-MAIWP adalah antara negeri tertinggi kutipan zakat dan pengagihan wang zakatnya. Bagi zakat simpanan, peningkatannya kira-kira 16 peratus iaitu RM14.98 juta berbanding RM13.4 juta tahun lalu.

“Kami percaya masih ramai belum mempunyai kesedaran dari segi jenis simpanan yang perlu dikenakan zakat. Sebab itu ada yang menyatakan bahawa simpanan ini hanya yang berada di bank.” “Sebenarnya zakat simpanan yang dimaksudkan itu ada empat jenis iaitu wang simpanan, emas, KWSP dan saham. Pada tahun ini kami merasakan potensi zakat simpanan boleh ditingkatkan daripada 16 peratus kepada sasaran lebih 20 peratus.

Nisab zakat wang simpanan bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa atau 595 gram nilai perak. Di Wilayah Persekutuan, nisab bagi 2011 adalah RM10,300. Wang simpanan sama ada disimpan di bank, rumah atau di mana sahaja adalah wajib dizakatkan jika cukup nisab atau haul. Contohnya, simpanan di ASB, Maybank dan BSN.

Zakat bagi wang simpanan tetap dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam tempoh setahun iaitu Januari hingga 31 Disember dan pilih baki terendah, jelas Abdul Hakim.

Jika baki melebihi kadar nisab RM10,300, baru dikenakan zakat. Contohnya, baki terendah RM20,000 darabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus, bersamaan RM500. Simpanan dalam satu akaun pula dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul. Ini kerana baki terendah itu mencapai tempoh masa setahun dalam pemilikan kita, kata Abdul Hakim.

Bagi simpanan dalam beberapa akaun di bank, penyimpan hendaklah jumlahkan setiap baki terendah buku akaun walaupun ada di antara simpanan itu kurang daripada nisab. Campurkan semua jumlah itu dan jika melebihi nisab, wajib zakat.

Jika wang disimpan di institusi yang menunaikan zakat bagi pencarum, penyimpan tidak perlu mengeluarkan zakat. Contohnya simpanan di Tabung Haji dan Bank Islam.

Seterusnya ialah zakat simpanan emas yang mungkin ramai tidak tahu, katanya. Syariat mewajibkan zakat simpanan emas dan perak dalam bentuk wang atau leburan logam, mahupun dalam bentuk lain seperti jongkong, mata wang, perkakas atau perhiasan wanita atau rumah. Ada dua jenis emas iaitu emas yang tidak dipakai dan emas dipakai. Emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun jika melebihi nisab 85 gram wajib dikenakan zakat iaitu berat emas tidak dipakai darab dengan harga emas semasa dan darab dengan 2.5 peratus.

Bagaimana pula dengan emas yang dipakai? Ada sesetengah berpendapat emas yang dipakai tidak perlu bayar zakat. Benarkah begitu? Sebenarnya tidak, kata Abdul Hakim. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun dan melebihi uruf (kadar biasa pemakaian emas penduduk setempat) maka wajib zakat atas lebihan daripada nilai uruf. Kadar uruf di Wilayah Persekutuan ialah 150 gram.

“Timbang semua barang perhiasan emas itu, tolak anggaran berat batu permata jika ada, bagi mendapatkan jumlah berat emas perhiasan,” katanya.
Cara kiraannya, berat emas dipakai darab dengan harga emas semasa (1 gram) darab dengan 2.5 peratus. Abdul Hakim menasihati agar harga emas dirujuk kepada PPZ yang lebih murah daripada kedai yang memasukkan harga sewa dan upah.

Mengenai kewajipan zakat simpanan terutama untuk zakat emas ini disebut dalam al-Quran surah At-Taubah ayat 34-35. Allah berfirman, “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan ke jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas, perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada (mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.”

Beliau masih ingat kisah pembayar tetap zakat emas yang satu hari rumahnya dipecah masuk dan habis barang emas dicuri. Namun kerana berkat membayar zakat simpanan emas, dua hari kemudian pencuri memulangkan semua barang emasnya.

Barang emas yang berada di kedai pajak gadai selagi tidak ditebus bukan hak, maknanya tidak ada kuasa dan dari situ syarat sempurna milik tidak ada, jadi tidak perlu bayar zakat.

Mengenai zakat simpanan terdiri daripada KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya wajib dizakatkan apabila dikeluarkan daripada simpanan. Ini kerana sebaik dikeluarkan ia cukup semua syarat, termasuk sempurna hak milik. Pengiraannya ialah jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus. Bagi saham pula, saham yang dibeli dengan wang sendiri sahaja dikira sedangkan bahagian yang dibeli melalui pinjaman dikira tidak sempurna milik.

Abdul Hakim berkata pembayaran zakat ialah proses ‘pengembalian’ kerana rezeki daripada Allah sebahagiannya adalah milik fakir dan miskin yang akan dapat memelihara keharmonian masyarakat.
“Orang lupa dia ingat harta dimiliki itu harta dia sepenuhnya. Kalau kita ambil juga, Allah kata ‘Aku akan tarik balik’ dengan pelbagai cara seperti sakit, kereta atau rumah rosak, macam-macam anak, isteri kita jadi masalah,” kata Abdul Malik.

Umat Islam perlu sedar dengan berzakat bukan sahaja mendapat pahala, malah harta mereka akan dilindungi, dibersihkan dan rezeki bertambah dan diberkati Allah. RM1.3 bilion kutipan zakat dicatat di seluruh negara tahun lalu dan ia pelengkap usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Patutkah ada yang berfikiran wang simpanan terjejas selepas membayar zakat? “Sepanjang 20 tahun saya bekerja di sini tidak ada pembayar zakat mengadu dia muflis selepas itu malah menceritakan Allah beri lagi banyak. Ini menandakan perniagaan mereka semakin maju dan inilah ganjaran apabila membayar zakat. Perlu diingat, Allah boleh tarik balik rezeki kalau kita tidak bayar zakat,” jelas beliau.

Dalam hubungan ini Abdul Hakim memberi contoh pengalamannya ketika bertugas di bahagian kaunter, bila seorang pembayar zakat perniagaan yang mula-mula datang membayar RM10,000. Selepas itu pada tahun kedua ahli perniagaan itu membuat bayaran RM40,000 dan tahun ketiga RM700,000.
“Insya-Allah orang yang bayar zakat Allah jaga hartanya. Ada yang tidak beriman merasakan duit dia akan hilang bila bayar zakat. Dia tidak nampak keberkatan yang Allah bagi ini kadang-kadang bukan dalam bentuk duit,” katanya.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan umat Islam di Malaysia, PPZ melaksanakan beberapa pendekatan. Antaranya ialah memperhebat kempen berbentuk ceramah dan forum dengan menjemput penceramah terkenal seperti Ustazah Datuk Siti Noor Bahyah Mahmood, Ustaz Wan Akashah dan Datuk Dr Fadhilah Kamsah. - Bernama

Oleh itu keluarkanlah zakat emas fizikal anda bila sudah cukup haul dan nisab nya..Insya Allah berkat..




Tuesday, December 20, 2011

SERTAI PELABURAN EMAS DENGAN BONUS ASB 2011 ..


Pemilik saham ASB boleh tersenyum hari ini kerana semua pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012. Ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Jika anda ada dapat bonus ASB 2011 ini bolehlah serta pelaburan emas. Dapat bonus jika banyak lebih RM20,000 boleh jadi dealer Public Gold bersama saya.Anda juga boleh sertai pelaburan emas fizikal mudah dengan beli sahaja produk emas terutama rantai i series Public Gold dari saya ataupun agen - agen saya..

Oleh itu sertai pelaburan emas fizikal SEKARANG..dengan beli emas anda dalam bentuk rantai i series Public Gold ini dengan hubungi saya segera ASIKIN AB.HAMID 017 345 7475 DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALAER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID INTRODUCER ANDA , PG CODE PG 001228


Sunday, December 18, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL SEMAKIN DI YAKINI DI PERSADA ANTARABANGSA..lihat.


 Pelaburan Emas Fizikal semakin diyakini diperingkat antarabangsa. Terkini George Soros individu yang ke 46 terkaya didunia telah mula menyertai pelaburan emas fizikal dengan membeli saham syarikat yang menjual barangan kemas terbesar di Hong Kong.iaitu syarikat Chow Tai Fook.Makna tersiratnya beliau pun yakin akan pelaburan emas fizikal ini..! Syarikat Chow Tai Fook ini adalah menjual barang kemas yakni emas fizikal yang terbesar di Hongkong.

"Owned by Chinese billionaire Cheng Yu-tung, who boasts a personal fortune of $9 billion, Chow Tai Fook posted revenue of about $4.5 billion in the 12 months to March, according to Bloomberg, compared with Tiffany’s annual sales of $3.09 billion." - Forbes


Syarikat Chow Tai Fook, mengikut laporan akan tersenarai dibursa saham HONGKONG pada 15 Disember 2011..maknanya dah tersenarai dan saya yakin selepas ni HARGA AKAN TERUS MELONJAK NAIK PADA TAHUN MENDATANG....Insya Allah..

Saya juga yakin anda kenal siapa Soros ini..yang pernah heboh dengan penurunan dollar suatu masa dahulu..

Soros individu ditangga 46 terkaya didunia


Oleh itu sertai pelaburan emas fizikal SEKARANG..dengan beli emas anda dalam bentuk rantai i series Public Gold ini dengan hubungi saya segera ASIKIN AB.HAMID 017 345 7475 DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALAER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID INTRODUCER ANDA , PG CODE PG 001228

Sumber > http://www.forbes.com

Saturday, December 17, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL SEMAKIN DI GEMARI RAMAI SELURUH DUNIA

Terkini Donald Trump menerima bayaran sewaan bangunan miliknya dalam bentuk emas fizikal 32 ounce..

Pelaburan Emas fizikal semakin diterima ramai diseluruh dunia dan terkini pelabur terkenal Donald Trump pula menerima bayaran sewaan milikinya dalam bentuk emas fizikal, secara tak langsung beliau turut yakin akan pelaburan emas fizikal mampu mengekalkan nilai untuk jangkapanjang..


"On Thursday, the newest tenant in Donald Trump's 40 Wall Street, a 70-story skyscraper in Manhattan's Financial District, will hand Mr. Trump a security deposit worth about $176,000. No money will change hands—just three 32-ounce bars of gold, each about the size of a television remote control.

The occasion will mark the first time the Trump Organization has accepted 99.9% pure gold bullion, rather than cash, as a deposit on a commercial lease. The tenant, precious-metals dealer Apmex, will sign a 10-year lease for 40 Wall's 50th floor at a leasing rate of about $50 a square foot"..

sumber > http://online.wsj.com/article/SB10001424053111903532804576569071541880208.html


Inilah kelebihan pelaburan emas fizikal..ia boleh digunakan dalam pelbagai cara dan saya rasa jika anda nak sewa bangunan milik Mr Trump ini pun anda boleh bayar dengan gold bar public gold..

Pelaburan emas fizikal ini banyak kelebihanya terutama dengan beli rantai i series public gold, rantai boleh kita pakai dan jika terdesak duit atau nak beli emas lagi , kita hanya pergi gadai dan beli emas rantai i series.lagi..

Jika anda tak pakai , simpan sahaja di safe deposit bank..insya Allah selamat..

Oleh itu sertai pelaburan emas fizikal SEKARANG..dengan beli emas anda dalam bentuk rantai i series Public Gold ini dengan hubungi saya segera ASIKIN AB.HAMID 017 345 7475 DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALAER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID INTRODUCER ANDA , PG CODE PG 001228

Monday, December 12, 2011

Pelaburan Emas Suatu Pilihan Baik -Astro 502 Bernama TV

Prof Dr Tan Eu Chye Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran UM Pelaburan emas " Nilai yang mempunyai trend POSITIF JANGKAMASA PANJANG DAN KEHILANGAN MODAL ADALAH TIPIS"
Pelaburan emas semakin hangat terkini ASTRO 502 BERNAMA TV telah menyiarkan satu siaran dalam program FYI (FIKIR , YAKIN , INISIATIF) berkaitan pelaburan emas.

Lihat sedutan dan dengar ulasan Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran UM Prof Dr Tan Eu Chye.. berkatian pelaburan emas yang amat menarik.






Siaran ini juga menujukan Public Gold sebuah syarikat pemasar emas pelaburan yang pertama dinegara kita Malaysia..

PELABURAN EMAS ADALAH PELABURAN JANGKAPANJANG YANG MENGUNTUNGKAN !

Oleh itu SERTAI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD INI BERSAMA SAYA....Insya Allah ..Cara mudah jadikan saya ASIKIN ABD.HAMID PC CODE 001228 SEBAGAI INTRODUCER ANDA..



Jika anda nak beli emas call saya 017 345 7478..

Monday, December 5, 2011

PRESTASI PELABURAN EMAS FIZIKAL CEMERLANG DULU DAN KINI


Pelaburan emas fizikal Public Gold ini semakin menunjukan prestasi cemerlang dulu dan kini dan ini terus menarik lebih ramai orang melabur dalam pelaburan emas fizikal ini.

Kini hanya tinggal 26 hari sahaja kita akan meninggalkan tahun 2011 ini dan tahun 2012 akan muncul tidak berapa lama lagi. Dan dihujung tahun ini banyak perkara akan tersingkap terutama jika kita terlibat dalam pelbagai bentuk pelaburan.

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda KECERMERLANGAN PRESTASI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD INI..

Harga Emas Fizikal Public Gold Jam 12.35  5 Disember 2011.
Menyertai pelaburan emas fizikal dengan beli dan simpan sendiri emas tidak perlu untuk anda tunggu apa -apa pengumuman dibuat untuk tentukan banyak mana perolehan yang anda boleh dapat..semuanya anda tentukan sendiri...

Ini harga emas Public Gold pada 14 Januari 2011..
Dari 2 gambar diatas sudah kita kirakan peratus kenaikan pelaburan emas anda. Contoh mudah adalah katakan pada bulan Januari 2011 anda beli seketul emas bar public gold . Dan lihat pulangannya pada bulan disember, jom kita kira;


  1.          Beli Emas Bar 20 gram pada 14/01/2011 = RM 3125.0
  2.          Harga Emas Bar 20 gram pada 05/01/2011 = RM3873.0
  3.         Peratus kenaikan = RM3873-RM3125/RM3125 x 100% = 24 % !..
Bagaimana pula jika anda telah membeli emas Public Gold 20 gram ini pada Januari 2010?..Lihat..

Harga emas Public Gold 10 Januari 2010  

  1. Katakan anda dah beli 20 gram emas bar pada 10 Januari 2010 dengan harga RM2756 dan masih disimpan hingga kini..
  2. Harga emas bar  20 gram pada 5 Disember 2011 adalah RM3873.0
  3. Peratus kenaikan adalah RM3873-RM2756/RM2756 x 100% = 40.5 %
Anda mungkin tertanya macam mana nak dapat duitnya..caranya mudah jual sahaja bar 20 gram itu pada harga PG SELL yakni RM3873. kepada pembeli yang lain dan anda akan dapat wang nya..

Jika anda jual balik emas fizikal itu pada saya ataupun agen Public Gold ataupun terus kepada syarikat Public Gold ..anda perlu menjualnya pada harga PG BUY...ini pun anda masih dapat pulangan lumyan juga..

Contoh jika jual pada syarikat PG hari ini, harga PG BUY adalah RM3641.0 untuk emas public gold 20 gram, dan keuntungan anda jika anda dah beli emas pada 10 Januari 2010 adalah;

RM3641-RM2756 = RM885.0 ( kes ini pun jika dikira kenaikan dah pun cecah 32 % !)

Oleh itu anda boleh tentukan sendiri banyak mana nak untung..nak untung lebih jual pada pembeli lain..yang bukan agent PG ..le..

Pelaburan emas fizikal ini telah banyak diperkatakan kebaikan dan kecemerangannya..lihat ulasan daripada surat khabar...ini..

Sumber Kosmo : HARGA EMAS MELAMBUNG..tajuk depan lagi tu..

Ini pula dalam berita harian...

Sumber Berita Harian...Harga Emas Terus Tinggi....
Oleh itu sertailah pelaburan emas sama ada dengan membeli emas public gold dari saya ataupun menyertai PELABURAN EMAS SEBAGAI DEALER BERSAMA SAYA..

Insya Allah, jika anda izinkan saya menjadi introducer anda, anda akan saya kongsikan pengalaman saya menyertai pelaburan emas bersama public gold ini.

JIKA BELI EMAS PUBLIC  GOLD atau NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD 
JANGAN LUPA JADIKAN SAYA
 ASIKIN BT ABD HAMID PG CODE 001228 
INTRODUCER ANDA.. 
PERTANYAAN CALL ATAU SMS 017 345 7478

JUMPA ANDA DALAM 
PELABURAN EMAS BERSAMA SAYA...INSYA ALLAH...

ASIKIN  017 345 7478
ASIKIN PG CODE 001228




Sunday, December 4, 2011

RAHSIA PELABURAN EMAS TERBONGKAR LAGI TERKINI !

Sumber: e-fatwa.gov.my 
Rahsia pelaburan emas semakin terbongkar dan nyata kini diharap anda baca dan fahami berkaitan kedudukan pelaburan emas anda ..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.  Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


Parameter Pelaburan Emas

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Marilah sama -sama kita mengikuti dan mematuhi kehendak  Parameter Pelaburan Emas ini....Insya Allah...

Saturday, December 3, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL TERUS MENDAPAT SAMBUTAN DALAM DAN LUAR NEGARA



Pelaburan Emas Fizikal kini semakin menyakinkan dan menguntungkan. Terkini Bank Pusat Korea pula dah beli 15 TAN EMAS....saya ulang 15 TAN EMAS....dan akan beli lagi pada masa hadapan !.

So apa makna semua ini ? tiada lain mereka yakin bahawa emas fizikal ini terbukti penyimpan nilai yang TERBAIK dan mampu beripulangan yang lumayan dalam jangkamasa yang PANJANG..

Kenapa mereka tak simpan matang wang dollar atau euro ?..fikirkan lah jawapan anda...

Apa kesan kepada kita ? Pembelian oleh Bank Pusat Korea ni sudah pasti akan meningkat permintaan emas fizikal dan bila permintaan meningkat HARGA PASTI AKAN NAIK LAGI..!!!..

Ini juga menunjukkan keadaan ekonomi dunia semakin bergoyang dan jumlah pembelian yang besar ini seolah - olah mereka dah tak berani nak simpan matawang asing..bahkan memilih emas fizikal yang mana boleh dijual dimana-mana bahagian dunia..

Oleh beli lah emas Public Gold SEKARANG...HUBUNGI SAYA ASIKIN 017 345 7478..HARI INI JUGA ...JANGAN BERTANGGUH LAGI..

Jangan tunggu Bank Pusat Korea buat pembelian kedua...harga PASTI NAIK..Insya Allah...

CALL SAYA UNTUK BELI EMAS PUBLIC GOLD ANDA

ASIKIN 017 345 7478...

Thursday, December 1, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL TERBUKTI MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI !

sumber the star online september 2011

Pelaburan emas fizikal semakin diminati ramai kerana ia cukup mudah kerana ia HANYA BELI DAN SIMPAN EMAS FIZIKAL ANDA...BILA HARGA NAIK JUAL BALIK..

Semalam saya terbaca the star online yang melapurkan peti simpanan dibank (safe deposit box) pun dah kehabisan ruang atau stok terutama disekitar lembah kelang..dan hingga akan ada yang lebih 700 orang terpaksa masuk dalam waiting list untuk dapat menyewa peti simpanan di bank ini..

Dimaklumkan juga larisnya sewaan peti simpanan bank - bank ini adalah kerana semakin ramai rakyat negara kita membeli dan menyimpan emas !..Apa tidaknya dealer Public Gold pun dah meningkat sehingga lebih 16,000 orang yang menjadi agent pemasar emas dan secara langsung terlibat dalam pelaburan emas fizikal ini.

Oleh itu jika anda masih belum menyertai pelaburan emas fizikal ini, sertai SEKARANG.. kerana harga emas pun telah naik dan cara nak untung dalam pelaburan emas fizikal bersama Public Gold ini pun telah saya kongsikan dalam post yang lalu..anda boleh baca di sini > http://bit.ly/sAAOiA

Penyertaan pelaburan emas fizikal dengan beli produk emas public gold boleh anda mulakan dengan membeli rantai i series dengan saya, jika anda wanita..rantai boleh kita pakai...jika anda lelaki boleh dijadikan hadiah pada isteri , anak ataupun ibu anda sebagai penghargaan atau anda boleh simpan di safe deposit bank..

Jika nak beli emas ni hubungi saya ASIKIN AB.HAMID 017 345 7478

HARGA EMAS AKAN TERUS NAIK SETIAP TAHUN ..INSYA ALLAH.

JANGAN BERTANGGUH LAGI

CALL ASIKIN 017 345 7478 ..

Tuesday, November 29, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas Suatu Kenyataan Sebenar !.


Pelaburan Emas Fizikal mampu memberikan pulangan yang lumayan setiap tahun dan ditentukan oleh anda banyak mana yang anda mahu..

Hari saya akan kongsikan bagaimana anda mampu perolehi pendapatan lumayan dengan pelaburan emas fizikal dengan hanya BELI DAN SIMPAN EMAS...

HARGA EMAS PUBLIC GOLD PADA BULAN JANUARI 2011 DAN 29 NOVEMBER 2011

Katakan pada 14 Januari 2011 anda beli 20 keping emas bar Public Gold dengan harga PG SELL RM3125.0 dan anda inginkan pulangan daripada pelaburan anda pada tahun ini.

     20 x RM3125 = RM65,500


Anda inginkan pulangan daripada pelaburan anda pada tahun ini...hari ini juga...so apa yang anda perlu lakukan adalah bawa kesemua 20 keping emas PG ini ke cawangan PG berdekatan dan menjual semula kesemua emas itu pada harga PG BUY..

Dalam kes kita ni harga PG BUY untuk bar 20 gram adalah RM3567.0. Oleh itu nilai emas anda sekarang adalah;

    20 x RM3567 = RM71,340.

Oleh itu keuntungan dalam pelaburan emas anda adalah;

          RM71,340.0 - RM65,500.0 = RM5,840 !..

Amat mudah dan berbaloikan....ini jika anda jual semula kepada syarikat Public Gold...bagaimana pula anda jual kepada peminat emas yang lain dengan harga PG SELL , yakni pada harga RM3795.0

 RM3795.0 - RM3125 = RM670.0 (x 20 keping)  = RM13,400 ! ....

Anda tak perlu tunggu setahun penuh ..untuk dapat untung...anda yang tentukan sendiri ..bila nak jual kepada Public Gold semula....dan berapa banyak anda nak untung...

Beli emas anda sekarang..call saya ASIKIN 017 345 7478...



Sunday, November 27, 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H



Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1433 H kepada semua pembaca dan pelanggan saya semuga di awal tahun sama -sama lah kita berhijrah kejalan yang di redhai oleh Allah s.w.t jua..

Tahun sudah berubah, marilah sama - sama kita muhasabah diri dan merancang dan bertindak kearah yang lebih baik demi kebaikan dunia dan akhirat...

Suka saya kongsikan khutbah Jumaat ..;

HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH ”.

 Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sedar ataupun tidak, kita sekarang  berada di penghujung bagi tahun 1432H. Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tahun yang telah kita lalui, ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan, namun semua itu mengamit memori dan kenangan dalam hidup kita sebagai insan  hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kerdil ini. Dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah, pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini. Ma’al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA.  Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah. 

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membina masa depan ummah yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja umat Islam di  Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.  Justeru, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Dalam membina masa depan ummah, pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan sebagai ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan semua bidang perlu dititikberatkan.

Umat Islam dituntut memperkukuh ilmu fardhu ‘ain dengan mendalami pengetahuan agama seperti dalam bidang tafsir al-Quran, hadith, fiqh, akidah dan sebagainya sebagai benteng kepada keutuhan dan kekuatan iman serta pegangan kepada agama Islam itu sendiri. Bagi memantapkan  ilmu fardu ‘ain ini, kita diseru agar mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid dan surau melalui pengajian kelas fardu ‘ain dan takmir yang telah disediakan.

                Namun, persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada kita dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.

Membina masa depan sebagai ummah yang unggul menutut kebijaksanaan yang amat tinggi. Dalam bidang ilmu dan pendidikan mestilah ada perubahan iaitu tajdid. Pembaruan ilmu dan pendidikan yang bersifat semasa mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Dengan cara ini akan melahirkan ilmuan yang selari dan senafas dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini. Umat Islam mestilah diberikan suasana kebebasan dalam membuat pandangan-pandangan yang membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina adalah untuk kebaikan kepada semua. Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama’ semasa yang amat berpengaruh  menyatakan, “pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan”.

Umat Islam pada hari ini perlu juga dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh agar mereka tidak mudah cair dengan pengaruh persekitaran dan himpitan hawa nafsu. Umat Islam yang lemah kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis moral, akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Justeru bagi memastikan kedudukan umat Islam terjamin maka kita sebagai umat Islam perlu mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak, disamping itu kita perlu memperkasakan institusi Islam seperti masjid, surau dan sebagainya sebagai medan pengembangan kerohanian.Umat Islam juga hendaklah bersatu dalam semua perkara terutama dalam pembangunan pendidikan demi kebaikan bersama.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu- bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.

                Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu- bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu- bapa ketika anak-anak bersama dengan mereka.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, Bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, mimbar menyeru semua umat Islam, marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan ummah lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut: Pertama: Melakukan penghijrahan dengan memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara; Kedua: Membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina ummah yang cemerlang; dan Ketiga: Merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat membina  masa depan ummah yang cemerlang memenuhi keperluan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: “ Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.”

sumber : http://www.islam.gov.my/khutbah-online








Wednesday, November 23, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD BERSAMA TEAM ASIKIN MUDAH DAN BERBALOI



Pelaburan Emas Berbaloi begitulah tajuk yang tersiar dalam BERITA HARIAN dalam kolum ANGGUN BERKARISMA yang memaparkan cerita saya dalam pemasaran emas fizikal Public Gold.

Talipon saya mula berdering seawal jam 10 pagi dan banyak yang bertanya dan berminat untuk menyertai perniagaan emas bersama saya..syukur Alhamdulillah..semakin ramai yang sedar kepentingan pelaburan emas fizikal ini..

Pernyertaan perniagaan emas fizikal Public Gold ini amat berbaloi dan penyertaan perniagaan emas bersama team saya AMAT BERBALOI kerana anda akan dilatih dan dikongsikan cara nak buat perniagaan emas ini supaya berjaya seperti saya.

Saya mempunyai group khas untuk team saya di FACEBOOK dan ini menjadikan setiap ahli berdiskusi secara online SETIAP MALAM ..bagi membincangkan strategi pemasaran emas ini.

Ini group khas team kami ..berdiskusi secara maya..so dari rumah anda  pun , mampu saya ajar dan kongsi pengalaman bisnes emas ini.

Banyak sudah ahli team kami yang telah berjaya menjalankan perniagaan emas bersama saya.

TESTIMONI SEBAHAGIAN TEAM EMAS KAMI

“saya rasa sangat bertuah kerana berada dalam group ni, sbb semua ahli & MD Asikin sangat supportive dalam memberi ilmu kepada ahli2nya...walaupun info hanya diberi melalui FB Group ini, live support turut diberikan pada waktu malam untuk ahli2 berchatting & bertanyakan tentang apa2 jenis persoalan yang mereka xfaham... semoga dengan bimbingan MD Asikin, group ini akan lebih berkembang di masa akan datang.. InsyaAllah... Arina Azfar

Arina Azfar- Shah Alam


"syukur alhamdulillah.... sejak joint gpoup nie, saya dah kumpul 100gram, 20gram x3 unit.... 1 dinnar x 3 unit..... semua ilmu bagaimana nak gandakan emas saya perolehi dari team nie... tq puan & tuan... tahun depan gugur je bonus ASB boleh tambah stok emas lagi..... amin..... " Sapura Che Ibrahim . 017-3179518

Oleh itu marilah serta Pelaburan Emas bersama saya atau pun anda juga boleh menghubungi ahli - ahli team saya

Jika minat nak beli emas atau sertai PERNIAGAAN EMAS FIZIKAL  ini ..

HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017 345 7478


ATAU  DARIPADA AHLI TEAM KAMI DI SELURUH NEGARA :



  1. ASIKIN AB.HAMID : MASTER DEALER SHAH ALAM : PG001228 :HP : 017 345 7478
  2. ZAMRI MAT RANI: MASTER DEALER:  (PG 001523)/019-986 4491. MACHANG , PASIR PUTEH, TANAH MERAH, KELANTAN.
  3. ARINA AZFAR ABD LATIF:PRIORITY DEALER : PJ, Shah Alam, Kelana Jaya, Subang, Bangsar: PG4083 : HP:  013-3989161
  4. BUDIMAN DAUD     : DEALER BERA TEMERLOH PHG:  PG013240: HP : 013 219 1934
  5. AZHAR AHMAD TAJUDIN DEALER PG009819 : 0122380739/016 - 4409916. KUALA LUMPUR
  6. JURAIZA ABDUL AZIZ (NOMIE AZIZ) DEALER PG013907, KLANG HP: 016 295 1473
  7. MUHD RIDWAN B. M.YUSOFF DEALER PG011007,TELUK INTAN.PERAK,HP:017-6866180
  8. MYCO/FIZAN/MAT :PG011700 BENTONG/RAUB/KARAK, HP:  016-9535267
  9. RIZALEMAN NAWI : 0129357536 TELUK INTAN, TAPAH, PASIR PUTEH, KOTA BHARU
  10. INTAN RODZIAH  PG08640.KUALA SELANGOR, KLANG, TANJUNG KARANG, SG. BESAR. 019-3543166.
  11. ABDULLAH TAMLIKHA PG012945 0139943817: HULU SELANGOR, BATANG KALI, SERENDAH, RASA ULU YAM, TANJUNG MALIM, PASIR PUTEH, WAKAF BARU.
  12. AZUAN NIEJAZ ,  0139151691 : PONTIAN JOHOR..



JANGAN LUPE DOWNLOAD eBUKU SAYA DAN DAPATKAN TIP -TIP PELABURAN EMAS ..ye...

Jumpa lagi...

Wednesday, November 16, 2011

3 RAHSIA SULIT PELABURAN EMAS FIZIKAL TERUNGGUL !


Hari ini saya ingin kongsikan sedikit rahsia pelaburan emas fizikal yang terunggul yang sulit serta jarang orang nak beri perhatian. Ramai diantara kita bila nak sertai pelaburan emas ini bertanyakan soalan..berapa untungnye melabur pelaburan emas ni ?..

Pelaburan emas fizikal merupakan pelaburan jangkamasa panjang dan ia pun ada rahsia tersembunyi lagi tersendiri..yang saya akan kongsikan rahsia ini antaranya;

Rahsia 1 : Belajar Ilmu Pelaburan Emas


Saya lihat sebahagian yang menyertai pelaburan emas hari ini tanpa ilmu yang cukup, menyebabkan sebahagiannya terjebak dalam pelbagai skim cepat kaya atau pun skim manipulasi emas dan seterusnya berkesudahan laba dimana, hutang bertimbun -timbun..

Cara mudah nak dapatkan sebahagian  ilmu emas ini adalah download ebuku yang saya dah sediakan dan baca serta fahami..semuga ada manafaat.

Rahsia 2 : Ada Mentor atau Guru yang Didikasi

Setiap benda baru yang kita nak ceburi perlu ada guru atau mentor, sebab itu dalam pelaburan emas Public Gold  ini, satu syarat jika nak join perlu ada INTRODUCER..Ya introducer inilah yang sepatutnya banyak membantu anda yang masih baru dalam bidang ini....

Bagi mereka yang sertai pelaburan emas fizikal Public Gold ini sebagai AGENT dan jadikan saya , ASIKIN AB.HAMID  NOMBOR AGENT PG001228..saya , Insya Allah akan membantu anda dimana jua anda berada...

Saya sebenarnya ada group khas untuk rakan niaga yang menyertai perniagaan emas dan saya sebagai introducer di facebook..setiap ahli akan dapat berkomunikasi dengan saya di Facebook setiap malam antara jam 9-10 malam..Oleh itu mereka dapat bimbingan terus dan setiap rakan niaga dibimbing hingga mereka berjaya seperti saya..Insya Allah...

Inilah screen shoot group team saya dibimbing setiap malam !..


Rahsia 3 : TEAMWORK ATAU KERJASAMA


Satu lagi asas kejayaan dalam pelaburan emas fizikal ini adalah bekerja secara TEAM .

TEAM = TOGETHER EVERYBODY ACHIEVE MORE 
Kerja berpasukan amat penting untuk kejayaan pelaburan emas ini ..tanpa kerjasama, mentor yang hebat dan ilmu yang sesuai ..adalah lambat dan mungkin sukar untuk anda menempa kejayaan dalam pelaburan emas fizikal ini.

Oleh itu jika anda nak join pelaburan emas fizikal atau nak beli emas hubungi saya ASIKIN 017 345 7478 atau jadikan saya ASIKIN PG 001228 sebagai INTRODUCER anda..

Insya Allah ..anda akan dibimbing hingga berjaya..

Tuesday, November 15, 2011

PELABURAN EMAS FIZIKAL BERSAMA PUBLIC GOLD BOLEH DISERTAI DENGAN PROGRAM TUKAR..!!


Pelaburan emas fizikal boleh anda sertai tanpa perlu pening kepala lagi..Kini  Public Gold mempromosikan program tukar emas anda kepada emas Public Gold..


Ya kini pelaburan emas fizikal bersama Public Gold boleh anda serta dengan tukar emas anda kepada emas Public Gold mengikut terma dan syarat yang ditetapkan,

Terma dan syarat..Klik untuk besarkan

Sebagai contoh..anda boleh tukar dari Bar Emas JENAMA X kepada rantai i series..pastu rantai boleh pi gadai ke AR RAHNU untuk buat pijaman..Ingat Emas bar dah tak boleh di gadai..

Saturday, November 12, 2011

MAKAN MALAM TAHUNAN KE 3 PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD

Team saya bergambar dengan CEO Public Gold...

Semalam pada 11.11.2011, syarikat Public Gold telah mengadakan makan malam tahunan ke 3, untuk agen pemasar  pelaburan emas fizikal dan juga sebagai khidmat sosial syarikat kerana sambil makan malam ini juga , semua agen yang hadir turut berderma dengan membeli tiket untuk makan malam ini.

Hasil jualan tiket dalam jumlah RM150,000.00 didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah.

 Aturcara majlis

Saya dan 9 ahli team telah membeli sebuah meja untuk majlis ini dan kami hadir makan dan juga mengeratkan silaturahim bersama ahli.

Sebelum makan bermula sesi beramah mesra dan sembang bisnes dah bermula..

 Tip -tip peniagaan dan pelaburan emas turut juga di kongsikan sesama ahli..


Hadir makan malam pun saya sempat buat sale lagi...

 Makan habis dan sentiasa ceria 





Oleh itu jika anda berminat nak join atau beli emas ..hubungi saya ..Asikin 017 345 7478...Insya Allah jika bersama kumpulan saya , anda pasti dibimbing hingga berjaya...Insya Allah ..amin

EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..