EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Monday, November 1, 2010

Rahsia Tersembunyi Pelaburan Emas Terbongkar !

Rahsia tersembunyi pelaburan emas fizikal saya bongkarkan untuk tatapan umum bagi memastikan kita semua tahu apa sebenarnya rahsia yang kekadang jarang diperkatakan oleh orang . Ramai diantara kita masih kabur dengan pelaburan emas fizikal atau pun emas jongkong atau pun emas sebenar. Emas fizikal bermaksud emas yang dapat kita pegang sama ada dalam bentuk emas jongkong atau dalam bentuk dinar emas.

Rahsia tersembunyi pelaburan emas fizikal ini adalah amat mudah yakni pelaburan emas fizikal merupakan KUNCI KEKAYAAN SEBENAR !.. Anda beli emas fizikal dan anda simpan bererti anda telah menyimpan kekayaan yang sebenar kerana nilai emas akan sentiasa meningkat dengan peningkatan tahun dan masa.

Penyimpan nilai boleh dimudahkan seperti berikut, Jika anda ada duit RM630.00,  anda  simpan dirumah dalam tabung..dalam masa setahun , adakah ia akan bertambah ?..Sudah pasti TIDAK.

Namun jika duit anda RM630.00..anda beli 1 Dinar Emas..dan anda simpan dirumah anda...pada akhir tahun 2011 ia mungkin naik menjadi RM700.00 !..dan anda boleh jual ..dan dapat RM700.00 ini secara tak langsung duit anda telah bertambah..jika dibandingkan anda simpan TUNAI..Nak jual kat mana ?..Sudah PASTI kepada saya atau Public Gold pada HARGA WE BUY..

Nilai emas itu akan NAIK HARGA kerana PERMINTAAN PENGGUNA TERHADAP EMAS SENTIASA MENINGKAT SEDANGKAN BEKALAN EMAS ADALAH TERHAD !. Dalam dunia ini tiada siapa pun dapat menghasilkan emas !. Emas merupakan logam terunggul  yang hanya dapat diperolehi dari aktiviti perlombongan. dan emas tidak seperti hasilan pertanian.


 Permintaan terhadap emas akan meningkat sepanjang masa.

Hasil pertanian , contoh seperti kelapa sawit, jika permintaan meningkat kita boleh tanam pokok kelapa sawit yakni bila ada permintaan yang tinggi namun bila ramai yang tanam sawit, maka hasil sawit akan melebihi permintaan menyebabkan harga jatuh..namun keadaan ini tidak berlaku pada Emas.


Emas dibeli dan disimpan oleh setiap negara  diseluruh dunia sebagai penyimpan nilai. Oleh itu jika negara - negara ini menyimpan emas..kenapa kita tidak ikut serta menyimpan emas ?

 Negara kuasa besar banyak menyimpan emas

Emas merupakan logam yang unggul dan unik serta sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana kegunaan yang sungguh istemewa. Kegunaan emas yang sentiasa meningkat dalam kehidupan harian kita menjadikan permintaan terhadap emas semakin meningkat oleh itu harga emas akan sentiasa naik setiap tahun !

Antara kegunaan emas adalah ;

1. Emas Digunakan Dalam Industri Barang Kemas

Semenjak 6000 tahun yang lalu inilah kegunaan emas yang utama untuk buat barang kemas .Kaum wanita seperti saya sudah pasti amat gemarkan memakai barang kemas.Barang kemas dibeli oleh setiap wanita dan dipakai sebagai perhiasan.Penggunaan barang kemas ini disokong padu oleh budaya sesebuah negara, seperti India yang mana memiliki barang kemas ini termasuk dalam budaya dan kehendak adat menjadikan permintaan terhadap emas amat tinggi. Jika nak lihat harga emas melambung naik..lihat sahaja apa jua perayaan yang ada di India. Pada musim perayaan seperti Devali dan lain - lain.harga emas dunia akan terus melambung naik..Ini memberikan keuntungan yang pasti kepada Pelaburan Emas Fizikal kerana emas ditangan dah naik harga. !.

Setiap tahun orang akan beli barang kemas, oleh itu kilang barang kemas akan beli emas untuk buat lebih banyak barang kemas..secara tidak langsung permintaan emas sentiasa ada..harga akan naik..

2. Emas Dalam Industri Elektronik dan Komputer

Emas merupakan logam yang tidak berkarat serta memberikan kadar pengaliran haba dan elektrik terbaik. Oleh itu ia banyak digunakan dalam industri elektronik seperti Handphone, Komputer  dan macam - macam lagi !. Berapa banyak orang beli komputer seluruh dunia setiap tahun ?.



 Walaupun jumlah emas yang digunakan adalah kecil senilai USD0.50 sen sahaja namun jika 1 billion Handphone dihasilkan diseluruh dunia berapa banyak yang emas diguna setiap tahun ? Dan sebahagian emas yang ada dalam alat elektronik ini kekadang dibuang begitu sahaja bila handphone atau alat elektronik yang lain dibuang begitu sahaja !.

Setiap hari pasti ada yang beli komputer dan talipon diseluruh dunia, kilang talipon dan elektronik kena jua beli emas untuk buat talipon dan komputer ini, jadi permintaan terhadap emas setiasa ada..harga pasti naik sebab bekalan terhad !..
Ada emas dalam ni..
3. Emas Dalam Industri Pergigian

Ini suatu kekadang pelik tapi benar..dari dahulu hingga sekarang emas digunakan dalam industri pergigian. Ya banyak orang guna emas diseluruh dunia untuk buat gigi emas ni kerana emas tidak berkarat ..besi tak boleh..jika dahulu raksa atau plumbum diguna kini dah diketahui bahan ini beracun semakin ramai yang menggunakan emas untuk buat gigi atau untuk tampalan gigi.
4: Emas Dalam Bidang Perubatan Moden

Emas juga digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubat penyakit rheumatoid arthritis dan juga penyakit Lagophthalmos ( keadaan dimana seseorang tak boleh nak tutup mata).Dan yang terkini kajian sedang dibuat penggunaan emas dalam merawat kanser buah dada..

Sebenarnya banyak lagi penggunaan emas ini dalam kehidupan harian manusia diseluruh dunia. Oleh itu jelas sudah bahawa emas bukan sahaja dibeli dan disimpan dalam bentuk Pelaburan Emas Fizikal..tapi DIGUNA PAKAI oleh diseluruh dunia.

Natijahnya PERMINTAAN EMAS AKAN MENINGKAT , EMAS DIGUNA ATAU "BEING CONSUME" , BUKAN SEKADAR DIBELI DAN DI SIMPAN OLEH ITU SUDAH PASTI HARGA AKAN NAIK !. Inilah rahsia tersembunyi Pelaburan Emas Fizikal.

Oleh itu beli dan miliki emas ada sekarang sebelum harga meningkat keparas yang kita sendiri tak lagi mampu nak beli. SIMPAN KEKAYAAN ANDA DALAM BENTUK EMAS FIZIKAL !


No comments:

EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..