EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Friday, September 3, 2010

Tol Percuma Lebuh Raya Pantai Timur Musim Raya Puasa 2010

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa Syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma kepada pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu . Ini bermakna sekali lagi warga pantai timur dapat toll  free..lepas lah duit belanja raya sedikt..

Kadar tol percuma untuk ini akan bermula pada jam 9.00 malam pada 7 September 2010 hingga 6.00 pagi 8 September 2010. dan juga pada jam 9.00 malam 15 September 2010 hingga 6.00 pagi 16 September 2010. Ini lah dikata kan masa itu emas..jika nak percuma kena ikut masa inilah nak balik kampung ke Pantai Timur..termasuk..Pahang, Terengganu dan  Kelantan.

Pada hari raya tahun lepas saya dan keluarga balik ke Kelantan pada masa tol free jua..tapi pada masa itu masuk toll free adalah jam 12 tengah malam..namun kini dah jadi lebih baik..jam 9.00 malam..FREEEE...TOLL..

Saya yakin pada tahun ini ramai warga pantai timur yang tinggal di Kuala Lumpur ini yang akan ambil kesempatan tol percuma ini. Kemudahan yang disediakan perlu kita sambut dengan baik dan seperti pada tahun yang lepas..saya pun dah mula balik ke Kelantan melalui lebuhraya ini terus ke Terengganu...Kini saya dan suami tidak lagi balik melalui Gua Musang pada musim perayaan kerana jalan terlalu sesak terutama bila melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan Ketereh...


Penggunaan Lebuh Raya Pantai Timur sepenuhnya bermula dari Gombak terus keluar Jabor, kita akan dikenakan tol dengan tol percuma sudah pasti jimat serta perjalanan lebih selesa . Kita ada banyak pilihan jalan jika nak balik ke Kota Bharu daripada lepas tol ini , samaada nak lalu Jalan Jabor - Jerangau kemudian melalui Jalan Sungai Tong ke Kota Bharu atau kita boleh lalui ikut Kemaman - Terengganu dan terus ke Kota Bharu..

 Lebuh raya pantai timur

Penjimatan masa dan keselesaan ini banyak membantu kita tiba di Kota Bharu dengan baik dan boleh bertemu rakan niaga dalam perniagaan emas sepanjang perjalanan dan setiba kita di Kelantan..

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada  Syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma kepada pengguna semuga Allah s.w.t sentiasa merahmati anda..syarikat dan semua kakitangan MTD..amin

No comments:

EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..