EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Sunday, August 15, 2010

Dinar Kelantan Habis Terjual..


Hari ini hari ke lima kita berpuasa dan hari ini juga saya ada menerima panggilan talipon daripada saudara kita di Kelantan yang memaklumkan bahawa Dinar Kelantan yang baru dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan SUDAH HABIS TERJUAL !.

Laris macam goreng pisang..walaupun 1 Dinar dijual dengan harga RM580.00..Begitulah hebatnya emas dan dinar ini..so kita pun tak sempat nak beli..


Hari ini juga kita terima hadiah daripada hubby kita sebuah buku ' RAMADAN TIBA LAGI' sebagai hadiah hari jadi kita..katanya dia beli di Masjid Taman Subang Perdana..buku dijual oleh ustaz yang memberikan tazkirah semasa rehat solat sunat Terawih.

Saya telah meneliti secara sepintas lalu buku ini dan mendapati ianya amat menarik penuh dengan informasi dan panduan berkaitan puasa dan juga bulan ramadan yang mulia ini. Untuk kaum ibu juga didalam buku ini terdapat resepi - resepi menarik untuk dicuba sebagai juadah berbuka puasa dan juga untuk hidangan berhari raya.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah kita semua fahami serta dimuatkan gambar berwarna warni  dan amat sesuai untuk jadikan bahan bacaan seisi keluarga. Penulis buku ini juga ada menulis diblognya yang anda dapat lihat > http://iktibaronline.blogspot.com/

Oleh itu disamping membeli emas sebagai simpanan kekayaan yang sebenar, saya syorkan anda membeli buku ini untuk dijadikan panduan berguna terutama dibulan ramadahan ini. Saya yakin buku ini boleh anda perolehi dikedai buku yang berhampiran rumah anda untuk dijadikan bahan bacaan se isi keluarga.

Saturday, August 14, 2010

Beli Dan Miliki Emas Anda Sekarang !

Zero ..

Beli dan miliki emas anda sekarang kerana saya jangkakan harga emas ini akan naik melambung sekarang kerana ketidaktentuan  dalam keadaan ekonomi global dengan kejatuhan saham di New York. Jika tidak harga emas akan naik hinggakan kita tak mampu nak beli lagi..!

Saya berpandangan begini kerana saya ada asas yang munasabah. Emas suatu logam yang amat bernilai dan apa - apa jua perkara yang NEGETIVE atau TIDAK BAIK yang berlaku kepada dunia dan ekonomi dunia,orang diseluruh dunia akan mula membeli emas dan dengan ini BILA RAMAI YANG MULA MEMBELI DISELURUH DUNIA, HARGA EMAS PASTI NAIK.

Sebagai contoh jika economi US dan harga saham jatuh,maka orang atau pelabur akan mula membeli EMAS, emas akan naik harga.

Berlaku krisis ekonomi, ORANG AKAN BELI EMAS, HARGA EMAS AKAN NAIK !.

Berlaku PEPERANGAN atau bencana alam, ORANG AKAN BELI EMAS DAN HARGA EMAS AKAN NIAK!

Dan yang terkini adalah keadaan ekonomi US yang kurang menarik, lihat kitco news ini;


Klik untuk besarkan.

Oleh itu miliki emas anda sekarang,hubungi saya 017 345 7478 untuk pesanan emas Public Gold anda.......

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa Ramadhan 1431

Hari ini semua umat islam mula berpuasa ramadhan 1431H dan sempena hari pertama kita berpuasa ini saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca dan pelanggan serta rakan dan saudara mara jauh dan dekat.

Didoakan semuga Ramadhan kali ini , kita semua  diberi kelapangan dan kekuatan serta kesihatan oleh Allah s.w.t untuk kita menambah amal buat bekalan menuju alam akhirat.

Perniagaan emas semakin rancak dinegara kita dan harga emas pun dah mula naik. Hari ini pula kerancakan jual beli emas ini dihangatkan lagi dengan saranan oleh Timbalan Perdana Menteri kita supaya kawasan sekitar PWTC di Kuala Lumpur ini dijadikan pusat perniagaan emas sama seperti Gold Souk di Dubai.

Ini dilihat daripada laporan akhbar Utusan Online hari ini. Oleh itu marilah kita semua memiliki emas dan libatkan diri kita dalam perniagaan emas. Hubungi saya untuk belian emas simpanan pertama anda; 017 - 345 7478.

 Pusat emas sekitar PWTC..petikan Utusan Online hari ini.

Saturday, August 7, 2010

Jual Emas Beli Emas Semakin Rancak Di Kelantan.


Ini mungkin gaji saya, jika saya bekerja disyarikat di Kelantan....8 Dinar aje...

Jual Emas dan Beli Emas serta Perak saya jangkakan akan semakin rancak dinegeri kelahiran saya, Kelantan. Ini berikutan sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya, Kerajaan Negeri Kelantan akan mula melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, untuk kegunaan orang ramai pada 12 Ogos 2010 ini.

Tarikh yang dipilih ini amat sesuai bagi saya kerana ia merupakan hari kedua kita berpuasa. Pada awal bulan puasa ini pada kebiasannya, terutama 1 dan 2 Ramadhan ramai orang Kelantan akan balik kampung untuk berpuasa di Kelantan serta berbuka puasa di Kelantan. Dengan pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan ..sudah pasti ramai yang akan memiliki. Saya sendiri pun dah minta adik kita stanyby nak miliki dinar dan dirham Kelantan.

Dinar dan Dirham Kelantan ini boleh dan akan digunakan dalam urusan jual beli di Kelantan..menarik sungguh. Saya juga dimaklumkan gaji kakitangan kerajaan Kelantan akan dibayar dengan Dinar dan Dirham jua.

Dinar dan Dirham Kelantan dibuat di World Islamic Mint, di Dubai dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan oleh World Islamic Trade Organization ( WITO) dan dikawal selia oleh World Islamic Mint atau secara ringkasnya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan ini bertaraf dunia..la..yakni boleh kita pakai dimana-mana negara yang guna dinar emas dan dirham perak yang sebenar.

 Muka belakang Dinar Emas Kelantan yang dibuat dari Emas 917..

Dengan erti kata lain , jika kita nak ke negara yang guna dinar emas dan dinar perak sebenar..kita tak perlu pergi money changer... kot...terus bawa dinar dan dirham ni..terus boleh berbelanja kat sana..itu yang agak saya faham ...mmm.

Dirham Kelantan yang dibuat daripada Perak 999.9


Nominasi Dinar Emas Kelantan..bermula dengan 1/2 Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar...mmm..satu cabaran untuk peniaga Dinar Public Dinar..dak gitu....pun saya yakin kita semua ada rezeki masing - masing.


Ini Dirham perak Kelantan bermula dengan 1 Dirham, 2 Dirham..5 Dirham , 10 Dirham, 20 Dirham...

Ayam percik, Tomyam, Budu, Akok, Jala Emas,  ....berapa dirham ye...harga bulan puasa ni..


Standard Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan..

Cuma yang saya muskil sikit berkaitan dinar dan dirham Kelantan ini..boleh kah kita bawa ke tandas ka...sebab nampak ada tulisan..kalimah . Biasalah benda dok dalam poket..kekadang kita nak ke bilik air ..dak gitu...


 Logo stiker depan kedai kot..contoh..

 Oleh itu jika anda ke Kelantan, jangan terkejut jika ada 600 buah kedai yang akan memaparkan logo stiker seperti diatas dihadapan kedai mereka...so boleh guna buat muamalat..la..dinar dan dirham..secara tak langsung kita dah ikut sunnah Nabi s.a.w..dak gitu..?

Kedai nasi depan rumah saya di KB..tak pasti lagi papar ka tidak...



Friday, August 6, 2010

Miliki Emas Anda Sekarang Sebelum Di Borong Oleh Penduduk Negara China..


Kereta mewah pun dah mula laris di China..
Hari ini harga emas dipasaran dunia telah melabung naik dengan tiba -tiba namun bagi saya kenaikan harga emas ini adalah sudah dijangkakan kerana sebelum ini saya sudah kongsikan berita bahawa Kerajaan Negara China telah membenarkan lebih banyak bank -bank negara China untuk mengadakan jual beli emas ini.


Jika dibandingkan dengan negara lain, negara China ini masih kurang dalam simpanan emasnya , oleh itu jika pintu perniagaan emas ini dibuka,sudah pasti ramai lagi rakyat negara China akan berduyun - duyun membeli dan menyimpan emas. Rakyat negara China ini..terutama golongan muda telah diberi kebebasan untuk memiliki kekayaan.

Ini dapat dilihat daripada laporan yang dikeluarkan oleh beberapa pengeluar kereta , bahawa pasaran kereta mewah di negara China telah meningkat mendadak hasil pembelian oleh rakyat negara China ini. Oleh itu saya yakin dengan pintu perdagangan import - eksport emas dibuka, maka ramai rakyat China akan memborong emas pula..Ini telah dilaporkan oleh Wealth Daily yang mengesa kita semua memiliki emas sekarang sebelum harga melambung yang jadikan kita lebih tidak mampu untuk memiliki emas.

 Pasaran China adalah amat luas..dan ini sudah pasti harga emas dunia akan melonjak dengan cepat....


Oleh itu mulakan pemilikan emas anda  dengan memiliki dinar..kerana dinar juga mampu mengukuhkan ekonomi anda secara cara selesa untuk mulakan koleksi emas.



Jika berminat hubungi saya di talian 017 -345 7478....Jumpa lagi..

Thursday, August 5, 2010

Beli Emas Jual Emas Public Gold Banyak Kelebihannya...

Acuan untuk Emas Bar.

Emas Bar yang dijual oleh Public Gold di kilang sendiri oleh syarikat Public Gold.

Beli Emas Jual Emas Public Gold ini banyak kelebihanya...Antaranya adalah;

1 : Harga Emas Bar Public Gold adalah harga semasa emas dunia.

Harga jual beli emas public gold ini mengikut harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit..anda boleh lihat di kanan laman web ini. Oleh itu ia merupakan perniagaan jual emas beli emas yang adil..kerana ia adalah harga semasa ..bukanya harga semalam ataupun harga purata.

Kelebihan untuk kita adalah kita boleh beli pada harga murah ..jika penurunan harga emas dunia berlaku !. ( Walaupun sebenarnya..jarang - jarang terjadi)

2. Boleh beli atau order emas 24 jam sehari serta 365 hari setahun !.

Sistem perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Public Gold mengunakan aplikasi media terkini gabungan laman web, talian talipon serta SMS..merupakan pilahan serta sistem perniagaan yang terbaik dan tekini zaman moden dan canggih ini, membolehkan ia beroperasi 24 jam sehari serta 356 hari setahun.

Ini bermakna kita boleh beli emas ini 24 jam sehari 365 hari dimana jua kita berada selagi kita ada talian talipon atau talian handphone mahu internet. Kita boleh semak harga terkini emas public gold dengan merujuk kepada laman web atau pun hantar SMS ke talian 32828..taip message ' PUBLIC GOLD 'dan hantar ke 32828..dalam masa beberapa saat sahaja anda boleh lihat harga..

Dan jika berpuashati..anda boleh buat pesanan dengan saya di talian 017 345 7478..

Sistem ini juga amat memudahkan anda untuk buat urusan jual beli emas yang semakin mendapat sambutan hangat ini.

3. Peluang Perniagaan Yang Mampu Kita Ceburi

Syarikat ini juga menawarkan peluang untuk kita menjadi agen untuk menjalankan perniagaan emas ini. Modal permulaan adalah RM40K yang pada dasarnya hampir tiada risiko..untuk kita rugi kerana harga emas sentiasa naik...KONSEP JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG , TAK LAKU JUAL PUN UNTUNG..pasti menarik minat anda !.

4 . Syarikat kukuh dan ada kilang sendiri

Syarikat Public Gold adalah syarikat kukuh dan ada kilang sendiri untuk buat bar emas ini. Ini memberi faedah kepada kita untuk mudah dapat emas yang dijual . Untuk kita jual balik kepada agent atau public gold emas yang kita beli bila harga dah naik. Untung ma..

Syarikat boleh beli semula emas bar yang calar ka..kemik.sebab dia ada kilang..emas yang kemik..calar..dia boleh lebur balik buat jadi baru..

Oleh itu mai pakat beli emas daripada saya..017 345 7478..




Setiap Emas Bar ada nombor siri yang unik..


Emas Bar di buat dengan teliti..



Setiap produk diteliti dan dijamin berkualiti tinggi..


Acuan Dinar Emas
Dinar emas juga di kilang sendiri oleh syarikat.

Jual Emas, Beli Emas @ perniagaanemas.com

Sunday, August 1, 2010

Pendedahan Rahsia Emas Eksklusif Terbongkar !!!!!..

Salamsejahtera bertemu lagi kita kali ini dan saya berharap sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kini semakin ramai yang telah telah menyedari kepentingan memiliki dan menyimpan emas untuk kegemilangan ekonomi pada masa - masa akan datang. Namun begitu kali ini saya akan membuat pendedahan eksklusif rahsia yang tersurat berkaitan dengan emas.

1: Emas Logam Terunggul Tak Ternilai Serta Terhad.

Emas merupakan logam yang kita perolehi daripada bumi yang telah dijadikan semenjak dari dahulu lagi. Emas yang terkandung dalam perut bumi ini merupakan logam yang disukai secara semulajadi oleh semua manusia dimana sahaja mereka berada daripada dahulu kini dan selamanya.

Kecintaan manusia kepada emas ini sememangnya telah di jadikan oleh Allah s.w.t dan kerana ini manusia suka kepada emas. Logam emas ini tidak dapat direka atau dicipta oleh manusia oleh itu nilai emas amat terunggul serta jumlah yang terdapat didunia ini amat terhad.

Tidak seperti getah asli, getah tiruan mampu diciptakan oleh manusia dan bila getah tiruan tercipta maka permintaan kepada getah asli menurun dan ini menjadikan nilai atau harganya menurun. Emas tidak dapat dicipta manusia manakala permintaan terhadap emas semakin meningkat dan kerana ini nilai ataupun harga emas akan sentiasa naik.

Kecuali pakar - pakar NASA menjumpai emas di planet lain..maka emas yang ada di dunia ini sudah pasti terhad jumlah nya sedangkan ramai yang sukakan emas diseluruh dunia.

HAKIKATNYA: Emas perlu segera kita miliki sebelum ia kehabisan dimiliki ataupun kita terpaksa membayarnya pada harga yang tidak mampu kita bayar. Emas yang kita miliki pula mampu kita jual dimana - mana sahaja negara didunia ini.


Emas Firaun yang amat berharga.


2: Harga Emas Sentiasa Naik Sepanjang Zaman
Harga emas sentiasa naik setiap tahun dan mampu memberikan pulangan lumayan kepada pemilikinya pada kadar lebih 16% kerana harganya sentiasa naik.

Hakikatnya: Emas mampu menjadi pelaburan jangkapanjang yang terbaik sehingga kini !

3: Emas Mampu Memberikan Peluang Perniagaan

Kini anda mampu melibatkan diri dalam bidang perniagaan emas bersama Syarikat Public Gold satu peluang keemasan yang patut kita semua rebut. Jika dahulu Pak Habik, Pak Kon dan lain - lain orang sahaja yang berpeluang berniaga emas, kini kita senua ada peluang yang sama dan lebih menarik lagi modal permualaan adalah hanya RM40 K sahaja.

Menjalankan perniagaan bersama Syarikat Public Gold dengan menjadi agent pemasarnya amat mudah kerana kita tidak perlu memiliki kedai - kedai dan yang paling menarik harga emas yang dipasarkan adalah berdasarkan turun-naik harga semasa emas dunia serta kita boleh buat pesanan emas ini 24jam hanya menggunakan kemudahan internet dan SMS.

Syarikat Public Gold merupakan sebuah syarikat yang beribupejabat di Pulau Pinang adalah syarikat yang kukuh yang lebih menarik mereka mempunyai kilang melebur emas sendiri.

Hakikat : Dengan menjadi agent pemasar bersama syarikat Public Gold kita boleh beli emas 24jam..ye..masa harga emas dunia turun..la..untuk buat stok dan pelanggan kita boleh beli 24 jam juga yakni pada masa harga emas murah.

Hanya pakai SMS atau Internet..segalanya di HUJUNG JARI SAHAJA.Tak perlu tunggu kedai buka atau opis hours..pukul 4 pagi pun kita boleh buat urusan jual beli emas ini.

Syarikat ini ada kilang, oleh itu jika emas public gold yang kita miliki dibuang plastik ka, calar ka, kemek ..syarikat Insya Allah akan beli balik.kerana ia akan lebur atau cairkan emas itu untuk buat baru...

Berniaga emas sukar nak rugi..stok yang kita beli tak rosak, berkulat dan lain - lain...tak laku jual pun harga emas tetap naik..maknanya tetap untung...

Kita tak perlu ada kedai, pakai smart dll...emas semua orang tahu..mudah nak jual pada mereka yang minat.
Oleh itu sertai jadi agen hari ini..KLIK >>Downdload BORANG



Pejabat Syarikat Public Gold di Pulau Pinang



BillBoard pun ada di PLUS Highway dekat Bukit Mertajam dan sudah pastinya syarikat ini BUKAN SKIM CEPAT KAYA..Anda beli emas , anda dapat emas...pegang dan simpan sendiri..untuk pelaburan jangkamasa panjang.

4:Emas Mampu Tambah Harta Kita

Memiliki emas mampu menambah harta kita maknanya jika kita ada emas tapi kita sudah ada harta yang sentiasa bertambah nilainya setiap tahun. Emas yang kita miliki tidak akan beranak namun nilainya akan bertamah. Sebagai contoh..jika kita simpan duit RM3,000.00 dibawah batal dirumah kita..adakah pada tahun hadapan ia akan bertambah menjadi RM4,000.00 ?. Sudah pasti tidak !.

Namun jika kita ada 20 gram emas public gold yang pada hari ini nilainya adalah hampir RM2744.00, emas 20gram itu tidak akan membaik menjadi 40gram namun nilainya mungkin meningkat menjadi RM3,000.00 pada masa akan datang..tidakkah ini bermakna kekayaan kita bertambah ?.

Dan jika kita terdesak nak pakai duit, kita boleh gadai emas ini di Ar Rahnu..dan dapat duit tunai..emas ada disimpan di Ar Rahnu ...duit pun dapat..pinjaman ar rahnu boleh kita bayar secara ansuran...Ini lah hakikat ..harta tak habis..duit boleh belanja...




Jongkong Emas atau Emas Bar Public Gold Serta Public Dinar Boleh Digadai Di Ar Rahnu Agrobank..

5: Emas Sukar Nak Terbakar Atau Meruap

Emas hanya menjadi cair pada suhu 1000C dan ia tidak meruap. Ini bermakna hanya pada suhu 1000 C sahaja emas cair dan ia tidak akan hilang kerana meruap. Dengan kata lain rupa bentuk emas boleh berubah tapi beratnya akan tetap sama. Emas dinilai dari jenis dan berat..bukan dari rupa ..oleh itu jika terbakar ia tetap laku..

Tidak seperti minyak petrol..ia meruap..dan boleh hilang begitu sahaja..makna nya stok minyak petrol boleh susut..



Emas hanya cair pada suhu 1000C ( Celcius). Duit bawah bantal boleh hangus jadi abu..namun emas tak akan jadi abu..paling tidak di jadi ketulan emas..Jika rumah terbakar .suhu kebakaran itu tidak mampu cairkan emas .Oleh itu miliki dan simpan emas le...



Berapa nilai ?.

EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..