EBUKU PANDUAN PELABURAN EMAS DAN TIP-TIP PELABURAN EMAS PERCUMA, PERCUMA.. !!!
SILA ISIKAN NAMA & EMAIL DAN BUAT PENGESAHAN

Name
Email


PERINGATAN : BILA ANDA DAH KLIK 'SUBMIT' SILA SEMAK eMAIL ANDA UNTUK BUAT PENGESAHAN BAGI MENDAPATKAN eBUKU dan TIPS PELABURAN EMAS..TERIMA KASIH.

Wednesday, July 28, 2010

Harga Emas Jatuh Merundum Suatu Rahmat..




Hari ini harga emas jatuh merundum dipasaran antarabangsa. Kesan ini juga dirasai pada harga emas Public Gold dan juga harga Dinar Public Dinar. Inilah yang katakan dunia perniagaan ada untung dan ada rugi..Jika sentiasa untung saya rasa Riba..

Bagaimana pun bagi mereka yang telah memiliki emas public gold ini adakah anda terasa rugi atau tidak berbaloi membeli emas ?. Membeli dan memiliki emas ini, tidak sama seperti beli jual saham, walaupun harga emas jatuh nilainya..berat gram emas yang kita miliki itu langsung tak susut.

Oleh itu, satu langkah bijak pada masa harga emas jatuh adalah, kita gadaikan emas yang ada dalam simpanan kita tu, dan wang yang kita perolehi itu , kita beli lagi emas public gold ini. Secara tak langsung kita dah boleh tambah koleksi emas kita dengan banyak dan cepat.

Adakah anda berasa takut dan gentar emas akan turun nilai lagi ?.

Saya mempunyai keyakinan pada masa hadapan emas tetap akan naik dan bahkan akan naik lebih tinggi lagi. Jangan risau..pergi gadai emas kita tu di Ar Rahnu dan beli emas lagi ketika ia murah..ini.

Keyakinan saya bahawa harga emas akan naik lagi pada masa hadapan bukan angan - angan atau ramalan nujum pak belalang tapi adalah hasil pandangan lebih 76 orang pakar serta analisa emas di seluruh dunia sebagaimana yang di terbitkan dalam rencana ' Commodity Online'.

Adakah jangkaan 76 orang pakar ini satu kesilapan ?. Saya yakin ia pasti tidak..kerana bukan seorang yang menjangka begini tapi 76 orang pakar...Insya Allah kita akan lihat kelebihan emas ini pada tahun hadapan yang saya jangkaan akan naik kepada USD2,000.00 se oz..

Oleh itu bila harga emas telah melonjak semula, anda boleh jual emas untuk mendapat pulangan lumayan.







Tidakkah nanti anda akan meloncat kegembiraan bila harga emas mencecah USD2,000.00 nanti ?..
Untuk keterangan anda boleh baca disini



"Kita masing-masing sedang memegang kuali kecil didalam sebuah lombong emas.
Setiap kali melihat orang lain bersorak gembira, kita mula mencari dimana silapnya
kita sedangkan dalam masa yang sama kita masih berdiri tanpa berbuat apa-apa...." Eddie



Monday, July 26, 2010

Teknik Rahsia Untuk Memiliki 1 Dinar Emas Tanpa Membebankan


Dinar Emas
Kini sudah ramai orang telah sedar peri pentingnya kita menyimpan kekayaan sebenar dalam bentuk emas. Emas ini kita boleh simpan samaada dalam bentuk jongkong emas public gold dan juga dinar emas public dinar yang mana ke dua - dua boleh and miliki dengan membelinya daripada saya.


Jongkong Emas

Kini saya akan kongsikan dengan pembaca semua bagaimana mudah kita nak miliki 1 dinar. Satu rahsia unggul yang banyak dari kite terlepas pandang , adalah perlunya kita buat PERANCANGAN atau PLANNING.

Apa jua yang kita nak buat..bah kan kehidupan ini pun kita perlu rancang dengan teliti. Kita ada jua terlibat buat perancangan namun hanya pada masa - masa tertentu sahaja..terutama bila kita nak kawin , manakala sebahagian kehidupan kita, banyak yang kita tak buat perancangan.

Oleh itu, banyak yang kita terlepas nak buat atau terlepas untuk kita miliki.

Satu daripada perancangan yang kita semua buat adalah PERANCANGAN KEWANGAN atau BAJET..Kita bukan nak jadi orang yang kedekut, namun jika kita buat perancangan kewangan yang rapi..bukan sekadar emas 1 Dinar yang mampu kita miliki bahkan rumah teres bernilai lebih RM300,000.00 pun mampu kita miliki.

Ok..untuk miliki 1 Dinar Emas tanpa membebankan perbelanjaan kita., ..kita perlu buat perancangan kewangan atau lebih kurang kita nak tahu kemana duit pendapatan kita dibelanjakan.

Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Saya buat contoh macam ni..katakan gaji saya adalah RM1500.00.

Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, yang perlu saya guna pakai maka saya ada lebihan duit RM200.00.

Oleh itu cara mudah nak buat beli emas macam ni;

1: Katakan esok hari gaji..kita dapat RM1500.00 tunai.

2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM580.0.

3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas.

4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu ( dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadai.

5: Ar Rahnu akan beri kita pijaman dengan gadaian ini lebih kurang 60% pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM290.00 dengan upah simpan RM18.00 untuk 6 bulan.

6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.

7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM290.00 + RM18.00)/6 = RM52.00 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan .
Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.

Fikir - fikirkan lah...dan bertindak SEGERA HARI INI JUA..
Untuk dapat 1 Dinar boleh hubungi saya 017 - 345 7478.

Jangan kita hanya menjadi penonton keatas kemakmuran negara kita..rebut peluang ..meraih kekayaan dan menyimpannya dalam bentuk yang nilainya semakin naik sudah pasti...EMAS.



Saturday, July 24, 2010

Belajar Jual Emas Beli Emas

Hari ini saya pergi belajar ilmu jual emas beli emas ini di Sunway tempat opis cawangan Public Gold. Bilik belajar penuh dengan agent - agent Public Gold yang datang awal pagi. Saya dimaklumkan kini syarikat Public Gold dah ada hampir 1000 orang yang jadi agent jual beli emas ini diseluruh negara.

Saya rasa amat bertuahlah dapat belajar pelbagai ilmu berkaitan emas ini yang telah disampaikan oleh tokey besar Public Gold sendiri Mr Louis. Bab bisnes ni tak kira apa bangsa dengan konsep 1 Malaysia kita mampu berniaga.

Jadi agent public gold semua dah jadi macam satu famili sebab bisnes emas ini walaupun berlainan bangsa. Siapa yang berminat nak jadi agent Public Gold boleh hubungi saya di talian 017 -345 7478.

Anda boleh download borang nak jadi agent kat sini >> DOWNLOAD BORANG AGENT

Komitmen saya pada bakal agent bersama saya , kita akan sama - sama mendalami ilmu emas dan saya juga akan bantu agent - agent ini untuk buat satu webblog yang akan memudahkan anda buat jualan. Modal untuk jadi agent hanyalah RM40,ooo.oo sahaja..semua duit ini adalah untuk beli stok emas campur sikit kos transport ...tiada yuran lain. Miliki stok emas ini anda tak perlu risau..anda boleh jual terus kepada pelanggan dan jika tak laku jual pun harga tetap naik..

Sehingga kini TIADA MONTLY SALES TARGET yang ditetapkan oleh syarikat Public Gold ini.





Habis training terus dapat sijil daripada tokey public gold.



Bersama tokey Public Gold..

KLIK >> DOWNLOAD BORANG AGENT

Satu perkara yang menarik bila kita jadi agent jual emas beli emas bersama syarikat Public Gold adalah kita akan diajar ilmu emas serta cara - cara bagaimana nak jalankan perniagaan emas ini dengan PERCUMA.

Terus terang saya katakan berdasarkan pengalaman hidup bukan mudah seorang atau sebuah syarikat cina untuk berkongsi peluang perniagaan dengan orang lain terutama orang kita. Jikatak percaya cuba tanya kedai cina jual hardware..kat mana dia beli barang secara specifik..ada dia nak bagi tahu ?.Saya yakin sudah pasti tidak.









Kelas latihan jual beli emas..semakin dan sentiasa penuh denga anak bangsa ku...syukur Alhamdulillah..kini bukan Qarun sahaja ada ilmu emas ini ..bahkan semakin ramai orang Melayu kita..

Rahsia Perniagaan Emas yang menakjubkan :
JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG, TAK LAKU JUAL PUN UNTUNG..INSYA ALLAH

Friday, July 23, 2010

BELI EMAS HARGA KILANG ?

Negeri Kelantan telah ada kilang buat emas jongkong untuk pasaran itu yang dilapor dalam surat khabar pada semalam.

Thursday, July 22, 2010

Kebaikan Miliki Emas Beli Emas Simpan Emas Terbongkar Lagi



Emas dari dahulu kini dan selamanya mampu menjadikan pemiliknya mampan ekonomi kerana nilai emas tidak akan susut bahkan bertambah setiap tahun. Anda kini mampu memiliki emas dan boleh bermula dengan menyimpan 1 Dinar Emas.

Kebaikan menyimpan emas terutama emas Public Gold kini semakin disedari kerana semakin ramai yang mula membeli emas dan terlibat dalam perniagaan emas. Hakikat sebenarnya kebaikan emas telah lama di perkatakan cuma kita lambat menyedari ataupun platform nak beli emas tiada. Kini beli emas semakin mudah dengan emas yang disediakan oleh Public Gold sebagaimana yang saya jual dan jadi agent.

Kelebihan jual beli emas public gold melalui agent seumpama kedai 24 jam..anytime,anywhere anda boleh beli dan jual emas public gold..hampir 24jam sehari 365 hari setahun. !. Cukup hebat !. Dan dengan bantuan laman web, kita mampu membuat jualan dan belian di negara mana sahaja seluruh dunia.

Oleh itu mulakanlah menyimpan kekayaan anda yang sebenar dalam bentuk..SIMPAN EMAS jongkong ni..Nilai emas tidak akan susut walaupun beratnya tak bertambah..yang penting nilainya.

Lihat sahaja 20gram emas Public Gold pada tahun 2009 adalah RM2248.00 namun pada hari ini 20 gram adalah RM2782.0


Lihat harga setahun yang lalu..naik tetap naik. dan agak sukar harga emas akan turun seperti setahun yang lalu...


Bila bercakap tentang kebaikan emas ini, bukan saya atau agen lain yang mengatakan kebaikan beli emas dan simpan bahkan YAB Perdana Menteri kita pun dah lama bercakap...semenjak tahun 2007 lagi.


Lihat skrin capture ni..SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN....

Oleh itu usah bertangguh lagi merebut peluang beli dan simpan emas anda SEKARANG..Hubungi saya jika berminat 017 345 7478..

Saturday, July 17, 2010

7 Rahsia Kebaikan Memiliki Dinar dan Emas Jongkong Public GOLD


Hari ini saya akan bongkarkan 7 Rahsia Kebaikan Memiliki Dinar dan Emas Public Gold yang jarang diperkatakan kepada umum. 7 Rahsia Dinar dan Emas Jongkong Public Gold adalah:-

1; Dinar dan Emas Public Gold boleh digadai dengan mudah tanpa menjejaskan nilai untuk jualan balik.

2: Dinar dan Emas akan sentiasa mempunyai nilai yang tinggi dulu, kini dan selamanya.

3: Dinar dan Emas Public Gold ini boleh dijual balik dengan mudah.

4: Dinar dan Emas Public Gold mampu meningkatkan kekayaan anda.

5: Emas dan Dinar boleh diagihkan dan mudah dibawa.

6: Emas dan Dinar boleh dijual dimana - mana negara didunia ini.

7: Emas dan Dinar mampu memberikan pulangan melebihi 16 % setahun

Ini adalah duit dinar Iraq yang diberikan kepada saya oleh seorang sahabat yang telah melawat negara Iraq sebelum negara Iraq di serang dan dijajah oleh Amerika Syarikat. Saya tak pasti adakah duit ini ada nilai sekarang ?.

Bayangkan alangkah bertuahnya saya jika saya memiliki 500 Dinar iraq yang dibuat daripada emas 916 atau dinar yang sebenar...Kayalah kita ..apa tidaknya 500 Dinar x 1 Dinar x RM 573.00 = RM286,500.00...kaya kite..tapi ini dinar kertas..melopong lah weh...


Ini pula duit Jepun yang simpan oleh arwah abah kita..kita jumpa kat rumah di Kota Bharu...ada nilaika...
Ini duit 1 sen Zaman British..mungkin satu 1 sen dahulu boleh beli sebuah basikal kot...namun kini..berapa nilainya ????...

Oleh itu marilah kita warisi emas dan dinar kepada anak cucu kita kemudian hari kerana emas dan dinar emas tetap bernilai dulu kini dan selamanya...

Sunday, July 11, 2010

Jual Emas di Cameron Highland, Pahang

Jual Emas Beli Emas pun ada di Cameron Highland, Pahang


Big Strawberry Farm Berinchang Cameron Highland



Kedai Emas di Tanah Rata Cameron Highland


Ini satu lagi kedai emas di Tanah Rata Cameron Highland


Di depan Balai Kraftangan di Berinchang, Cameron Highland setelah beli belah di pasar malam Cameron Highland yang ada pada setiap Sabtu malam dan Ahad Malam.




Minum teh di Cameron Valley Tea House pekena 3 Gelas Ice Lemon Tea dan 4 biji Dounut cost me RM18.00..tak pe hubby belanja...biasa le..dak gitu..

Minum teh kat sini dapat lihat Ladang Teh yang saujana mata memandang. Lokasinya adalah 10 KM dari Tanah Rata Cameron Highland..menuju Tapah..

Friday, July 9, 2010

Dinar Emas dan Dirham Perak Umpama Aur Dengan Tebing

DinarEmas dan Dirham Perak seumpama aur dengan tebingnya saling menyokong antara satu dengan yang lain. Dinar dan Dirham mrupakan matawang yang diperkenalkan kerajaan Islam namun hingga kini masih digunakan disesetengah negara.

Penggunaa dinar dan dirham mengunakan logam emas dan perak menjadikan matawang ini stabil berbanding dengan matawang kertas. Oleh itu nilai dinar dan dirham sentiasa mantap kerana ia merupakan emas dan perak pada hakikatnya.

Jika anda telah memiliki dirham maka adalah elok anda memiliki dinar pula supaya pasangannya menjadi lengkap sesuai dengan saranan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Anda boleh memiliki dinar dengan menghubungi saya kerana saya juga memasar dinar emas keluaran Public Gold.

Pengalaman memiliki dirham jua amat menarik kerana saya membelinya di Kota Bharu, Kelantan di Bazaar Tengku Anis.



Setiba saya dikedai ini pada jam 6.00 petang kedai dah tutup..namun kerana keinginan untuk miliki dirham bagi melengkapkan saranan hadis maka saya talipon pemilik kedai dan yang lebih menarik dia sanggup datang untuk menjual dirham itu kepada saya.

Menurut beliau nilaian 1 dirham pada suatu masa dahulu adalah hanya RM12.00 sahaja namun kini beliau telah menjual dirham itu kepada saya pada harga RM20.00 sekeping. Harga Dirham tetap akan naik berbanding masa namun kenaikan mungkin perlahan.




Ini dia tuan kedai menjual Dirham dan Dinar di Bazaar Tengku Anis . Kedai ini juga ada menjual barangan perak serta peralatan berkaitan perniagaan emas dan perak seperti penimbang, decimeter, acid dan macam - macam ada....



Ini dia Bazar Tengku Anis letaknya berhampiran dengan Masjid Kota Bharu serta Pasar Siti Khadijah, tempat kedai saya beli Dirham.


Ini Masjid Meraga Beris Pahang.

Adalah diharapkan dengan pemilikan dinar dan dirham oleh kita akan mampu kita semua mengatasi masaalah ekonomi keluarga kita kerana nilai Dinar dan Dirham ini akan meningkat mengikut berubahan zaman.

Hari ini nilai 1 Dinar Emas Public Gold adalah RM575.0 dan adalah tidak mustahil ia akan mencecah nilaian RM1000.00 dalam masa 2 tahun lagi kerana pada akhir Jun 2010 ia pernah mencecah nilai 1 Dinar RM600.00 !


Oleh miliki emas anda hari ini dengan mula menyimpan dinar dan hubungi saya Asikin 017-345 7478 untuk tempahan dan lock harga Dinar Emas Public Dinar anda hari ini.

Wednesday, July 7, 2010

Jual Emas Beli Emas Tak Kenal Maka Tak Cinta

Jual emas beli emas jika kita tak kenal pasti tak cinta dan tak sungguh takkan orang dok kata..jual emas beli emas boleh tambah harta.Macam mana nak jatuh cinta jika kita tak kenal.Nak kenal kena belajarlah ilmu emas dan miliki emas.

Ilmu pengetahuan tentang jual emas beli emas ini jika ada pun, namun tidak diamal maka kuranglah faedahnya kerana ilmu dan amal umpama sepohon pokok yang rendang, jika tiada berbuah tiadalah akan dia manafaatnya. Begitulah umpama ilmu seperti pohon yang rendang maka amal itu buahnya. Oleh itu cara mudah nak rasa hebat aura emas ini, cuba try beli 1 Dinar emas..Pesan Nabi Muhammad s.a.w berkaitan dengan simpan dinar itu pasti ada rahsia serta hikmah tersendiri..

Kecintaan saya pada emas ini setelah belajar ikut seminar pertama kali di pejabat Public Gold di Sunway lebih kurang hampir 6 bulan kemudian baru saya jadi agent. Kini saya jadikan public gold ini rakan niaga kita. Oleh itu atas rasa hormat serta kecintaan kepada jual emas beli emas ini, maka pada minggu lepas saya pun berkunjunglah ke pejabat cawangan Public Gold di Kota Bharu yang terletak di Jalan Kebun Sultan.


Lokasi pejabat Public Gold dekat dengan Public Bank ..he..he..


Jalan Kebun Sultan ini amat sinonim dengan hubby kita ..sebab beliau dilahirkan di rumah no 4314 Jalan Kebun Sultan..Kalau dahulunya ada botol air sid ( asid) besar di jalan kebun sultan ini. Disinilah hubby kita dilahirkan...begitulah cerita dia.

Manakala saya pula di lahirkan di Kampung Kota, Kota Bharu..dekat Masjid Kota..so kami berdua memang asal orang Kota Bharu..lah..namun jodoh mempertemukan kami di Shah Alam Selangor.

Saya pun dah ada seorang agent di Kelantan oleh itu saya rasa patutlah kita pergi jumpa staff Public Gold cawangan Kelantan..untuk kenal mesralah..atau dalam bahasa German.. networking la..so kita bawa satu family..Nak kenal pejabat ini mudah aje dekat Maybank dan dekat dengan 7 Eleven..Jalan Kebun Sultan.

Sama seperti cawangan di Sunway..pejabat ini pun ade decimeterlah..untuk kita uji ketulenan emas..so masa beli emas boleh try testlah untuk test ketulinan emas kita. namun saya pasti emas Public Gold ini tulen kerana saya pun dah test kat Ar Rahnu Agrobank..he he..Semua ini kita buat kerana cintaan kepada jual emas beli emas ini.


Mesin uji berat dan ketulinan emas di PG Office Kota Bharu. Tak perlu ragu- ragu atau was - was tentang berat dan ketulinan emas Public Gold..boleh acu cuba try test selalu..la..( Boleh uji on the spot la)

Ikut kata cik gu saya, jika kita nak berjaya dalam sesuatu bidang, kita kena buat dengan ' Passion' atau minat yang mendalam serta penuh kecintaan. Jika sudah jatuh cinta, apa benda pun kita lihat ada cara nak buat dengan mudah. Walaupun kekadang kita lihat sesuatu itu berbisa namun dengan ilmu dan kecintaan yang mendalam ular yang berbisa pun mampu manusia cium...

Minat dan kecintaan yang mendalam dalam jual emas beli emas ini juga mampu menerbitkan idea - idea kreatif untuk mencapai hasrat kita itu. Bak kata mat saleh ' There a will there a way' yakni dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.

Oleh itu mulakanlah langkah kita untuk mengumpul segunung emas dengan memiliki 1 Dinar hari ini jua. Manakala yang dah ada modal nak jadi dealer, download borang..isi dan terus kepejabat PG yang berhampiran. Jika anda kurang faham boleh hubungi saya.

Bagi anda yang menjadi rakan niaga bersama saya, insya Allah saya akan cuba bimbing anda hingga berjaya. Saya dan hubby juga akan buat weblog percuma untuk anda promosikan perniagaan anda..

Lihat weblog rakan niaga saya di Machang, Kelantan ini dengan weblognya Emas Machang di http://emasmachang1.blogspot.com/


Weblog rakan niaga kita di Kelantan..Machang dan Pasir Puteh


Oleh itu marilah sama - sama kita meningkat ekonomi kita dengan menyertai jual emas beli emas ini, saya yakin anda pasti tidak akan kecewa.

Jual Emas Beli Emas ini tidaklah merbahaya seperti bermain dengan ular bisa berwarna emas dalam soal mencari rezeki ini.


Iklan menarik lagi kreatif..kalu dah minat jual emas beli emas macam - macam marketing idea boleh keluar..

Kalau ular berkulit emas KING COBRA lagi berbisa boleh dimainkan oleh manusia berakal, inikan pula jual emas beli emas. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalannya..Saya hanya mampu berkongsi setitis ilmu dan secubit pengalaman



Saksikan video ini..show free..BUT DON'T DO THIS AT YOUR HOME..

Asikin Ab.Hamid
017 345 7478
admin@perniagaanemas.com

Tuesday, July 6, 2010

Jual Emas Beli Emas Jual Dinar Beli Dinar Bersama Public Gold Lebih Mantap Menambah Kekayaan Berbanding Melombong Emas di Lombong Emas Di Malaysia.


Jual emas beli emas serta jual dinar beli dinar bersama Public Gold bagi saya merupakan cara lebih mantap untuk kita menambah kekayaan dengan emas berbanding melombong emas di negara kita.

Baru - baru ini dalam perjalan balik saya daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur , saya sempat singgah ke Lombong Emas yang terbesar di Malaysia iaitu di Penjom, Pahang.

Bila lihat papan tanda ini ingatkan suatu tempat yang boleh kita lawatilah, oleh itu hubby kita pun cari arah jalan nak kesitu le. so jumpa.

Kita pun susurilah jalan menuju ke lombong emas di Penjom ni. Bila kita terlibat dengan jual emas beli emas serta jual dinar beli dinar, apa - apa yang berkaitan dengan emas ni kita pun mula nak tahulah..nak tambah ilmu emas. Oleh itu kita dan hubby terus susuri jalan kelombong emas di Penjom..masuk ikut jalan yang baru sahaja nak ditarkan.

Masuk aja kejalan itu dah jumpa papan tanda ini, so kena stop kat sini ajelah. Jika anda lihat dalam gambar ini ada sebuah kereta warna biru sedang menuju kepada kami.

Saya rasa kereta security syarikat inilah kerana ia berhenti dan tanya kita, apa yang kita buat ramai - ramai ni. Kita maklumkan ambil gambar aje.

Melombong emas di Penjom ini dijalankan oleh sebuah syarikat Avocet Mining yang berpengkalan di UK.

Syarikat ini ada teknologi terkini untuk melombong emas ini kerana bila saya rujuk laman web mereka yang mana banyak saya tak faham, emas yang terdapat disini bukan daripada jenis emas yang mudah kita perolehi seperti emas pada suatu dahulu heboh di perkatakan iaitu di Lubuk Mandi, Terengganu ataupun di Pantai Kampung Seri Pantai Mersing Johor.

Mungkin batu - batu yang saya pijak itu mengandungi emas yang boleh disedut dengan teknologi syarikat ini, namun sebiji batu pun saya tak ambil kerana kita mencari yang halal lagi mudah.

Kita perlu ada teknologi yang tertentu yang sudah tentu menelan belanja modal jutaan ringgit jika kita nak menambah kekayaan dengan emas. Oleh itu kenapa perlu kita fikir dan buat cara susah ?. Cara mudah dah ada iaitu peluang jual emas beli emas jual dinar beli dinar bersama syarikat Public Gold terbentang luas untuk kita ceburi.

Modal permulaan pun hanya RM40,000.00 sahaja dan modal ini digunakan untuk kita beli stok emas untuk jualan kita. Untuk menyertai menjadi agent jual emas, beli emas, jual dinar , beli dinar dapat anda laksanakan begini;

  1. Sediakan Modal RM40,000.00
  2. Download borang di SINI
  3. Isi borang dan hubungi saya atau cawangan Public Gold yang berdekatan
Namun jika anda masih tidak berminat untuk jadi agent pemasar emas tetapi ingin memiliki menyimpan kekayaan yang sebenar dengan memiliki emas ini, sila hubungi saya, Asikin di talian 017 -3457478 saya bersedia membantu anda. Mulakan simpanan emas anda sekurang - kurang dengan memiliki dan menyimpan 1 Dinar.

Dan cuba anda lihat hadis ini dan fahami yang tersirat dengan memiliki sekurang -kurangnya 1 Dinar;

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Tidakkah dengan memiliki 1 Dinar kita telah menghayati hadis ini ?. Fikir dan bertindak segera miliki Dinar anda hari ini. Jangan segan untuk menghubungi saya,Asikin 017 - 345 7478 atau SMS .

ASIKIN AB.HAMID
Email : admin@perniagaanemas.com





Monday, July 5, 2010

Jual Emas Beli Emas Bersama Perniagaan Emas Dot Com Masuk Kampung..


Jual emas beli emas yang saya jalankan dengan perniagaan emas dot com mula memasuki era baru. Perniagaan jual emas, beli emas ini saya telah bawa ke kampung menemui orang kampung terutama saudara mara saya yang berada di Kelantan.

Saya sebenarnya baru balik dari Kota Bharu Kelantan kerana mengikuti suami menjalan tugas hariannya disana. Kesempatan ini,saya ambil peluang untuk membuka peluang tentang penting memiliki dan menyimpan kekayaan yang sebenar ia itu beli emas dan simpan, kemudian jika mahu kita boleh jual emas pada harga emas naik, kepada saudara mara dan rakan - rakan di Kota Bharu.

Bila kita menjalankan perniagaan jual emas dan beli emas ini, kita jangan membuat andaian bahawa orang kampung tiada duit walaupun mereka tidak bekerja ataupun tidak bekerja makan gaji. Kekadang duit yang mereka ada sebenarnya lebih banyak daripada yang kita miliki.

Oleh itu saya ambil inisiatif ini untuk menerangkan konsp jual emas beli emas kepada saudara mara saya di kampung, di Kota Bharu dan minat yang mendalam serta memberansangkan telah dapat dilihat daripada saudara mara dan rakan - rakan.

Saya yakin sedikit hari lagi mereka akan membuat pesanan emas ini, kerana ada sebahagian mereka mula mengira - gira lebihan wang untuk membeli emas daripada saya, Insya Allah.

Kelebihan jual emas dan beli emas jongkong public gold ini adalah kita boleh buat kerja jual emas beli emas ini dimana sahaja selagi mana kita ada hubungan dengan intertet atau pun talian talipon handphone. Kemudahan menyemak harga jual emas beli emas terkini boleh dibuat samaada melalui semakan internet ataupun semakan melalui hantaran SMS.

Untuk semakan harga jual emas beli emas Public Gold, kita hanya perlu hantar message atau taip ' PUBLIC GOLD' dan hantar SMS berkenaan kepada nombor 32828 dan dalam beberapa saat sahaja harga terkini jual emas beli emas akan dihantar kepada kita. Kita terus oleh buat jual emas beli emas dengan harga yang di SMS terkini berkenaan.

Untuk mengetahui harga Jual Dinar Beli Dinar, kita hanya taip message ' PUBLIC DINAR' hantar SMS ke NOMBOR 32828 dan dalam waktu yang singkat harga jual dinar beli dinar akan hantar dengan segera. Amat mudah begitu juga jika guna internet,dengan kemudahan broadband wireless kita mampu acess internet selagi mana hanphone kita ada line..

Beginilah keadaan zaman dah berubah jauh..Kita mampu jalankan perniagaan jual emas beli emas ini hampir dimana sahaja. Saya yakin dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Oleh itu miliki emas anda sekarang sama ada dengan mula memiliki 1 dinar ataupun 20 gram emas jongkong Public Gold.


Rakan niaga Public Gold yang baru bersama saya, tetap saya ajar dan dilatih hinggan pandai, agent baru ini cepat pandai bahkan kekadang lebih advance daripada saya sendiri dalam menjalankan perniagaan jual emas beli emas ini.Dengan internet dan broadband harga terkini dapat disemak dengan pantas. Agent bimbingan saya sedang menyemak harga terkini untuk memberi penerangan pada pelanggan kita di kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru , Kelantan.



Harga juga boleh disemak dengan hanya hantar SMS sahaja . Pelanggan diajar untuk semak sendiri harga dengan SMS, jika minat boleh pesan dengan agent kita di Kota Bharu dan Machang.

Thursday, July 1, 2010

Jadi Agent Jual Emas Beli Emas Public Gold Tawaran Hebat

Jual Emas, Beli Emas serta Beli Jual Dinar semakin rancak dan menarik kerana pada hari ini syarikat Public Gold menawarkan satu tawaran hebat kepada sesiapa yang berminat nak jadi agent jual emas ini.

Untuk bulan julai ini syarikat Public Gold menawarkan peluang mendapatkan pakej pelancongan ke Bali kepada sesiapa yang menjadi agent penjual emas Public Gold pada bulan julai ini.

Tawaran ini sungguh menarik, disamping berpeluang menjalankan perniagaan emas dengan hanya modal permulaan RM40,000.00 , agent baru join pada bulan Julai ini berpeluang melancung ke Bali jika mereka terpilih serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

Modal yang diperlukan itu adalah untuk beli stok emas pada harga semasa tiada apa - apa yuran lain dikenakan.

Oleh itu mari kita mulakan perniagaan emas ini hari ini kerana perniagaan emas ini satu perniagaan yang sukar nak rugi..untung berbaloi - baloi..

Perniagaan emas merupakan suatu perniagaan jual beli emas yang masih kurang diterokai oleh orang melayu dan saya yakin mampu meningkatkan taraf hidup serta sosio ekonomi orang kita. Kita juga berpeluang membantu rakan - rakan kita menyimpan kekayaan yang sebenar.

Jika anda berminat nak jadi agent, boleh download borang agent yang diweb ini, isi dan bawa bersama modal pelaburan kepejabat Public Gold yang berhampiran. Jika anda ada sebarang persoalan boleh hubungi saya di talian 017 -345 7478.

Jumpa anda dipucak gunong emas..
Asikin Ab.Hamid
admin@perniagaanemas.com

Sikit - sikit lama - lama jadi bukit ..


EBUKU PERCUMA

TERIMA KASIH MELAYARI WEB SAYA..PASTIKAN ANDA DOWNLOAD EBUKU PERCUMA DAN DAPATKAN TIP-TIP PELABURAN EMAS DARI SAYA...INSYA ALLAH..

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, JUAL EMAS ...INSYA ALLAH ..ANDA TAK LEMAS DUIT..